KUALA LUMPUR – Tiada pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (JPG) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi bulan April 2022.
Lembaga Getah Malaysia berkata, ini kerana harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah RM2.95 sekilogram (Semenanjung), RM2.60 kg (Sabah) dan RM2.75 (Sarawak).
Sedangkan, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang cuplump berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Manakala untuk IPG lateks, ianya akan teraktif apabila IPG cuplump teraktif.
Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar RM0.90 sekilogram lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK). – MalaysiaGazette