Home Dunia Anak Marcos mendahului keputusan pilihan raya Filipina

Anak Marcos mendahului keputusan pilihan raya Filipina

Ferdinand "Bongbong" Marcos Jr . Foto Getty Images

 

MANILA – Anak kepada bekas diktator Filipina mendahului pilihan raya presiden negara itu.

Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr, 64, memperoleh kira-kira 18 juta undi berbanding 8.5 juta pesaingnya dalam satu pengiraan tidak rasmi.

Dengan lebih daripada 80% undi dikira, Ferdinand menerima 25 juta undi, lebih daripada dua kali ganda jumlah saingan terdekatnya, Naib Presiden Leni Robredo.

Proses pengiraan undi masih dijalankan pagi ini.

Keputusan yang diperoleh Ferdinand kini menepati ramalan yang dibuat.

Proses pengiraan undi mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum pemenang diumumkan secara rasmi, seperti yang berlaku pada 2016.

Tetapi tinjauan pendapat dalam kempen ini secara konsisten menunjukkan pewaris Marcos berada di hadapan dengan kelebihan 30 peratusan mata.

Proses pengundian tutup pada jam 9 malam tadi dan kiraan undi dilakukan sejuru s selepas itu. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-asia-61344609)