Home Utama Bayi meninggal dunia di rumah pengasuh

Bayi meninggal dunia di rumah pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Kajang dekat sini semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Kajang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dikejarkan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya.

Menurutnya, polis menerima laporan dari hospital berkenaan semalam memaklumkan seorang bayi dibawa ibunya dari rumah pengasuh dalam keadaan tidak sedarkan diri dan didapati tidak bernafas.

“Kita telah mengambil keterangan daripada pengasuh dan setakat ini siasatan masih lagi diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut.

“Bedah siasat telah dijalankan pada hari ini (10 Mei) dan dimaklumkan pending laboratory analysis (menunggu analisis makmal),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohd Zaid tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 atau mana-mana balai berhampiran dengan segera.- MalaysiaGazette