Home Eksklusif Pekeliling kerajaan tamatkan khidmat pautan FWCMS palsu – Sumber

Pekeliling kerajaan tamatkan khidmat pautan FWCMS palsu – Sumber

(Picture for representational purposes only) Foreign construction workers queuing up for their Covid-19 screening following the outbreak at Jalan Batai, Bukit Damansara. PIX: AFIQ RAZALI / MalaysiaGazette / 09 MAY 2020 foreign workers intake Ministry of Human Resources
Pekeliling kononnya kerajaan dalam proses menamatkan khidmat pautan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing ke Malaysia adalah palsu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pekeliling kononnya kerajaan dalam proses menamatkan khidmat pautan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing ke Malaysia adalah palsu.

Menurut sumber dalaman Kementerian Sumber Manusia, ada pihak tidak bertanggungjawab dengan sengaja bertindak mengeluarkan pekeliling itu bagi menimbulkan rasa panik dalam isu pengambilan pekerja asing.

“Dakwaan permohonan penggajian pekerja asing di Malaysia melalui pautan FWCMS telah ditamatkan adalah tidak benar. Ada portal yang mengeluarkan berita itu tanpa menyemak terlebih dahulu kononnya modul sistem itu akan dihentikan.

“Kita sedang menyiasat perkara ini tetapi ketika ini mengesahkan bahawa tiada pemberhentian sedemikian dan permohonan untuk mengambil pekerja asing melalui sistem FWCMS sedang berjalan,” katanya.

Permohonan pengambilan pekerja asing melalui FWCMS yang dibuka pada 15 Februari 2022 berjalan seperti biasa. Kami menasihati mana-mana majikan yang ingin memohon penggajian pekerja asing supaya terus melayari laman web di http://fwcms.com.my.

Sebarang maklumat lanjut berhubung permohonan penggajian pekerja asing boleh dimajukan kepada Pasukan Petugas Pekerja Asing, Kementerian Sumber Manusia (KSM) di talian 03-88893033 / 2396 atau e-mel [email protected] .

MalaysiaGazette mendapati pekeliling palsu itu ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Sumber Manusia Semenanjung Malaysia (JTKSM), Asri Ab Rahman semalam  dengan dakwaan sudah ada penubuhan jawatankuasa khas.

Untuk rekod, FWCMS dilaksanakan pada tahun 2013 secara pembuktian konsep (proof of concept) bagi membuktikan kepada kerajaan bahawa sistem itu boleh membanteras pemerdagangan manusia, penipuan dokumen, menjaga kebajikan pekerja dan menjaga kepentingan majikan. – MalaysiaGazette