Home Seni Hidup Zoo Melaka perkenal burung spesies Toto Taucan Disember ini

Zoo Melaka perkenal burung spesies Toto Taucan Disember ini

Aviary Feeding membolehkan pengunjung bermain dengan 70 ekor burung kakak tua spesies Lorries serta Sun Conure dengan bayaran tiket hanya RM5.

MELAKA – Pengunjung Zoo Melaka berpeluang melihat 20 ekor burung spesies Toco Taucan dari Amerika Selatan berharga RM600,000 yang akan dipamerkan di dalam sebuah gua yang dijangka siap Disember ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, burung itu akan ditempatkan bersama beberapa reptilia lain di dalam gua berkenaan berkeluasan kira-kira 1,012 meter persegi itu.

“Insya-Allah sekarang ini kita sedang pembinaan gua Toco Taucan Cave berkeluasan suku ekar atau 9.7 meter lebar dan 24 meter panjang menempatkan 20 ekor burung Toco Taucan dari Amerika Selatan.

“Kos seekor burung ini sahaja adalah RM30,000 dan Zoo Melaka adalah yang pertama di negara menawarkan spesies burung ini kepada pengunjungnya,” katanya pada sidang media di Zoo Melaka hari ini.

Shadan Othman

Tambah Shadan, pembinaan gua itu adalah antara adalah empat produk baharu yang diperkenalkan pada tahun ini membabitkan kos keseluruhan RM5 juta.

Jelasnya, tiga lagi produk baharu sudah siap adalah Aviary Feeding, Wallaby dan Wildlife Cafe.

“Konsep Aviary Feeding adalah pengunjung boleh bermain dengan 70 ekor burung kakak tua spesies Lorries serta Sun Conure dengan bayaran tiket hanya RM5.

“Manakala pameran Wallaby menyaksikan lapan ekor kanggaru kecil selain Wildlife Cafe yang menyediakan pelbagai sajian terkenal seperti Shell Out dan Char Kuetiau,”katanya.

Konsep Aviary Feeding membolehkan pengunjung bermain dengan 70 ekor burung kakak tua spesies Lorries serta Sun Conure dengan bayaran tiket hanya RM5.

Selain itu, Shadan berkata, Zoo Melaka juga telah menambah sepasang burung Cenderawasih atau Bird Of Paradise di taman berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Zoo Melaka telah merekodkan seramai 30,000 sepanjang sembilan hari operasi sempena perayaan Aidilfitri.

“Dengan adanya produk terbaharu ini, kita jangkakan bilangan pengunjung meningkat 30 peratus menyaksikan lebih 700 ekor haiwan daripada 250 spesies yang terdapat di Zoo Melaka,” katanya.- MalaysiaGazette