NEW YORK – Beijing mesti “bertindak lebih banyak” untuk menghentikan eksport bahan kimia bagi membuat fentanyl, kata agensi penguatkuasaan undang-undang dadah Amerika Syarikat (AS).
Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) membuat kenyataan itu susulan kematian akibat lebihan dos dadah melebihi 100,000 buat kali pertama dalam satu tahun.
Dua pertiga dikaitkan dengan fentanyl, opioid sintetik kira-kira 50 kali lebih kuat daripada heroin.
DEA berkata, kebanyakan fentanyl AS dibuat di Mexico menggunakan bahan kimia buatan China.
Bahan kimia yang menjadi pelopor kepada sintesis opioid dijual secara terbuka kepada kartel Mexico yang mengeluarkan dadah yang menyeludupnya ke AS, menurut Ketua DEA, Anne Milgram.
“Kami perlu menjejaki setiap penghantaran bahan kimia yang dikeluarkan dari syarikat kimia China dan datang ke Mexico.
”Sekarang ini, kita tidak boleh berbuat demikian,” katanya kepada berita CBS.
Lebih daripada satu juta rakyat Amerika telah meninggal dunia akibat lebihan dos dadah sejak 2001.
Jumlahnya telah meningkat di tengah-tengah krisis ketagihan opioi dan semakin ramai rakyat Amerika telah beralih kepada opioid sintetik.
Penggunaan opioid sintetik juga lebih mudah untuk kartel menghasilkannya kerana mereka bergantung pada bahan kimia berbanding tanaman semula jadi seperti popi untuk heroin atau koka untuk kokain.
Antara Januari 2021 dan Mac 2022, DEA merampas kira-kira 2,100 paun (950kg) bahan kimia perintis, kata Milgram sambil menambah ia cukup untuk menghasilkan kira-kira satu bilion dos fentanyl yang boleh membawa maut.
Pada tahun 2019, China bertindak tegas terhadap penghantaran fentanyl siap, menyebabkan kartel mula mengimport bahan kimia perintis.
China sebelum ini telah menafikan penglibatannya atas peningkatan kematian dadah AS akibat penggunaan fentanyl sebagai “tidak bertanggungjawab dan benar-benar palsu” – sebaliknya mengaitkannya dengan sejarah penyalahgunaan ubat preskripsi Amerika. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-us-canada-61413783)