Home Nasional Pasangan kekasih buang janin diberkas depan hospital

Pasangan kekasih buang janin diberkas depan hospital

Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah.

KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih yang cuba menyembunyikan diri selepas membuang janin bayi dalam tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak semalam berjaya diberkas polis tidak sampai 24 jam.

Pasangan yang merupakan warga tempatan berussia 27 tahun itu dicekup di perkarangan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur dipercayai ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan itu dilakukan pada jam 12.15 pagi tadi.

“Suspek wanita telah datang ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengalami pendarahan serius sebelum dicekup bersama kekasihnya di perkarangan hospital itu dan pasangan itu telah dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

Artikel berkaitan: Janin cukup sifat ditemukan dalam tandas stesen minyak

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini,

Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan (menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Petang semalam, orang awam menemui janin bayi yang cukup sifat di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak.

Siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut. – MalaysiaGazette