Home Seni Hidup Vida pula dipanggil SKMM berhubung video muzik raya

Vida pula dipanggil SKMM berhubung video muzik raya

Muzik video Muah Muah Raya nyanyia Vida mendapat kecaman ramai kerana menampilkan unsur ‘drag queen’ yang dilihat tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilftri.

KUALA LUMPUR – Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, kini tiba giliran usahawan Datuk Seri Vida atau DSV pula dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berhubung muzik video Muah Muah Raya.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram semalam, Vida atau nama sebenar Hazmiza Othman, 50, dipanggil untuk hadir ke SKMM bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

“Saya tak tahu la nak cakap macam mana untuk lagu raya saya Muah Muah Raya’ Saya tak promote sangat laa setelah saya tengok Datuk Aliff dipanggil ke MCMC sebelum ini.

“Saya dah buat benda (MV Raya) ni sebelum Datuk Aliff lagi. Kena panggil MCMC, maka saya kena pergi la ke MCMC untuk diambil keterangan terhadap lagu Muah Muah Raya,” ujarnya.

Sementara itu, Vida menjelaskan dia terpaksa juga hadir ke SKMM walaupun keadaan dirinya yang tidak begitu sihat sekarang.

“Saya pun memang tak sihat, sakit kepala. Saya turuti untuk pergi ke MCMC. Sebab lagu Muah Muah Raya telah di report,” ujarnya.

Sebelum ini, muzik video Muah Muah Raya mendapat kecaman ramai kerana menampilkan unsur ‘drag queen’ yang dilihat tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilftri.  – MalaysiaGazette