Home Ekonomi Alliance Bank semak semula kadar rujukan

Alliance Bank semak semula kadar rujukan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) akan menaikkan kadar asas, kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan asas sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 20 Mei 2022, berikutan semakan Bank Negara Malaysia terhadap kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.

Kadar asas bank akan diselaraskan daripada 2.57% setahun kepada 2.82% setahun manakala kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan asas daripada 5.42% setahun kepada 5.67% setahun.

Semakan akan digunakan untuk semua pinjaman dan/atau pembiayaan sedia ada.

Selaras dengan semakan itu, kadar deposit tetap juga akan disemak ke atas pada tarikh kuat kuasa yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Joel Kornreich berkata, Alliance Bank menaikkan kadar faedah akaun simpanan asas, akaun simpanan kanak-kanak dan akaun simpanan untuk memanfaatkan segmen B40, kanak-kanak dan warga emas.

Selain itu, pelanggan yang membuka akaun deposit baharu melalui aplikasi mudah alih allianceonline akan dapat menikmati promosi kadar deposit e-tetap. – MalaysiaGazette