“Sebab itu kalau ada kek, jangan kek itu kita makan seorang. Kek kalau kita besarkan, siapa nak tentukan pembahagian itu adil?
“Orang tengok kek itu, elit politik makan banyak. Macam filem Musang Berjanggut – satu untuk kamu, satu untuk aku. Untuk aku banyak, untuk kamu sikit,” kata Datuk Seri Anwar secara sinikal ketika menjawab kenyataan Najib.
Kek kalau besar boleh makan ramai-ramai, tapi kalau kek kecil seorang sahaja yang makan. Untuk menentukan keadilan adalah berdasarkan undang-undang. Mana akan jadi adil kalau ikut law of jungle. Bayangkalah kalau zoo hanya ada harimau dan anjing untuk makan daging, sudah tentu harimau sahaja yang akan kenyang. Jadi kita ini manusia, keadilan mesti berlandaskan undang dan hukum yang telah negara tetapkan.