KUALA LUMPUR – Atlet wushu negara, Tan Zhi Yan menghadirkan pingat emas kedua Malaysia dalam sukan itu pada Sukan SEA Hanoi, hari ini.
Zhi Yan mengumpul 9.71 mata daripada juri sekali gus menyaksikan dia memenangi pingat emas dalam acara taijiquan lelaki di Gimnasium Cau Giay.
Atlet Filipina, Jones Llabres meraih perak dengan 9.70 mata sementara atlet Singapura, Chan Jun Kai membawa pulang gangsa dengan 9.57 mata.
Terdahulu, Malaysia meraih emas dalam acara changquan lelaki menerusi Clement Ting sementara Calvin Lee memenangi perak dalam acara ‘nandao’ lelaki. – MalaysiaGazette