WASHINGTON D.C – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan lawatan kerja empat harinya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai satu kejayaan.
Beliau berkata lawatannya itu mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS, dan juga ASEAN-AS.
AS adalah rakan dagang kedua terbesar, dan keempat terbesar dari segi pelaburan di Malaysia,” tambahnya.
Beliau berkata mesyuarat beliau dengan pemimpin-pemimpin AS serta peneraju industri negara itu telah meningkatkan lagi hubungan berkenaan.
“Ramai yang berminat. Ada yang berjanji hendak tambah pelaburan dan ada yang hendak membuat pelaburan baharu,” katanya.
Dalam lawatan kerja itu, perdana menteri menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini dan menemui Presiden AS Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris serta lain-lain pemimpin negara-negara ASEAN.
Presiden Biden turut menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan pemimpin negara-negara ASEAN itu di White House, Khamis.
Ismail Sabri turut menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya Keluarga Malaysia di sebuah hotel di sini pada hari Rabu (Khamis di Malaysia). – MalaysiaGazette