KUALA LUMPUR – Kem olahraga menceriakan negara apabila menyumbang dua pingat pada Sukan SEA Hanoi di Stadium My Dinh hari ini menerusi acara tukul besi lelaki, Jackie Wong dan wanita, Grace Wong.
Grace memulakan saingan dengan melakukan 57.13 meter (m) untuk memenangi emas sebelum momentum kecemerlangannya disusuli Jackie yang disambut dengan sorakan penuh bertenaga dari kem olahraga.
Acara lelaki turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Sadat Maryuqi Ajisan manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih perak. – MalaysiaGazette