Home Utama Dua pendaki Gunung Suku hilang dibawa arus kepala air

Dua pendaki Gunung Suku hilang dibawa arus kepala air

Dua daripada 29 pendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh di Perak dipercayai dibawa arus kepala air ketika memanjat Gunung Suku, Simpang Pulai, Ipoh di Perak awal pagi ini.

KUALA LUMPUR – Dua daripada 29 pendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh di Perak dipercayai dibawa arus kepala air ketika memanjat Gunung Suku, Simpang Pulai, Ipoh di Perak awal pagi ini.

Kedua-dua mangsa dikatakan dibawa arus deras dari atas gunung dan kejadian itu disaksikan oleh dua rakan pendaki.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ini.

Sebelum itu, 11 lagi pendaki tidak meneruskan hasrat mereka memandangkan faktor hujan.

Menurut polis, kira-kira pukul 7.30 pagi ini, pihaknya menerima laporan mengenainya.

Kira-kira pukul 9 pagi, polis berjaya menghubungi salah seorang pendaki bernama Allen dan dimaklumkan 27 pendaki sedang dalam perjalanan keluar dari Gunung Suku dan sudha selamat sampai di kaki gunung.

Mangsa yang hilang dan dipercayai dibawa arus adalah dua wanita iaitu See Su Yen, 32 dan Ng Yee Chew, 46.

Kedua-dua mangsa daripada Kuala Lumpur.

Pasukan polis bersama 10 anggota polis dan lima malim gunung daripada Cameron Highlands berada di kaki gunung bagi kerja mencari dan menyelamat.- MalaysiaGazette