Home Utama Polis disaman guna telefon bimbit masa memandu

Polis disaman guna telefon bimbit masa memandu

Anggota polis yang didapati melakukan kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit telah dikenakan saman.

KUALA LUMPUR – Anggota polis yang didapati melakukan kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit telah dikenakan saman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggotanya didapati melakukan kesalahan berkenaan menerusi rakaman video tular di media sosial dipanggil untuk memberi keterangan.

“Anggota polis yang terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terjadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN166/59,” katanya menerusi kenyataan awalpagi tadi.

Terdahulu, Mohamad Fakhrudin mengesahkan rakaman video yang tular tersebut berlaku pada 9 pagi semalam.

Menurutnya, anggotanya didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Proton Preve di Lebuhraya Persekutuan menghala Petaling Jaya.

“Pada 15 Mei 2022 (Ahad) jam lebih kurang pukul 8.28 malam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah mengesan satu video tular di media sosial mengenai seorang pemandu yang memandu kereta menggunakan alat komunikasi di Lebuhraya Persekutuan hala ke Petaling Jaya.

“Kenderaan yang terlibat adalah sebauh kereta jenis Proton Preve nombor pendaftaran VCH2472,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut beliau, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Namun Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota yang melakukan kesalahan semasa menjalankan tugas. – MalaysiaGazette