Home Nasional Buruh Indonesia mati ditetak rakan sendiri

Buruh Indonesia mati ditetak rakan sendiri

PDRM
Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Rumah Rakyat Kendong, Rembau dekat sini, semalam.- Gambar hiasan.

PEKAN – Seorang buruh warga Indonesia mati akibat cedera parah selepas ditetak oleh rakan senegaranya di rumah kongsi di Ganchong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zain berkata, mangsa berusia 45 tahun itu dikenali Selamat  telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasat awal, saksi utama tempat kejadian merupakan abang kandung mangsa yang dikenali Murhadi yang terserempak dengan suspek di belakang rumah mangsa kira-kira pukul 2 pagi semalam.

“Abangnya melihat suspek dalam keadaan mundar-mandir sambil memegang sebilah parang dan menegur suspek kerana menganggapnya mahu pergi memancing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Namun jelas Mohd Zaidi, tiada respon daripada suspek dan sebaliknya suspek pulang ke rumah kongsinya yang terletak 50 meter daripada rumah kongsi saksi.

“Kemudian pada pukul 2.30 petang hari yang sama, mangsa telah keluar daripada rumah kongsi untuk ke tandas berhampiran dengan rumah kongsi berkenaan secara tiba-tiba datang suspek dalam keadaan mengamuk sambil pegang sebilah parang di tangannya dan menetak mangsa.

“Suspek menetak mangsa pada siku tangan sebelah kiri, bahu sebelah kanan dan kiri, leher kanan, dahi kepala, belakang kepala, leher sebelah kanan, dagu dan telinga sebelah kanan putus,” katanya.

Sehubungan itu, sepasukan polis telah menahan suspek  di tepi jalan Kilometer 26 Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Kampung Ubai bagi membantu siasatan.

Siasatan awal dijalankan oleh Forensik Ibupejabat Polis Kontijen Pahang bersama Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di lokasi kejadian dan polis turut merampas sebilah parang yang merupakan barang kes.

Zaidi berkata, kes masih dalam disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette