Home Nasional DBKL tidak pernah lantik individu, ejen kutip sewa rumah, bil

DBKL tidak pernah lantik individu, ejen kutip sewa rumah, bil

DBKL rental rent agent PPR PA
Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen, syarikat untuk mengutip bayaran sewa rumah dan bil air bagi perumahan awam (PA), projek perumahan rakyat (PPR) miliknya.

Oleh itu, penyewa diminta membuat aduan ke DBKL di adu@kl sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan mengutip hasil tersebut.

”DBKL tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan penerimaan bayaran hasil sewa / bila air yang dibuat melalui mana-mana individu/ejen/syarikat,” katanya di sini.

Tambahnya, semua bayaran bil air dan sewa PA, PPR perlu dibayar di kaunter-kaunter bayaran DBKL atau secara atas talian melalui JomPAY perbankan Internet dan telefon mudah alih.

Lokasi dan waktu operasi Kaunter DBKL boleh dirujuk di portal DBKL www.dbkl.gov.my – MalaysiaGazette