Home Dunia Kereta api bertembung: Pemandu maut, 88 penumpang cedera

Kereta api bertembung: Pemandu maut, 88 penumpang cedera

Keadaan kereta api yang membawa barang dan penumpang yang bertembung di luar Barcelona. Foto Reuters

SANT BOI DE LLOBREGAT, Sepanyol – Seorang pemandu kereta api penumpang maut dan berpuluh-puluh lain cedera ringan selepas dua kereta api bertembung di luar Barcelona pada petang Isnin, kata pihak berkuasa wilayah Catalan.

Kira-kira 85 orang penumpang, menurut perkhidmatan kecemasan serantau yang berkata,  77 orang telah dikeluarkan serta-merta dan lapan dibawa terus ke hospital.

Perlanggaran berlaku apabila kereta api barang tergelincir dan merempuh sebuah kereta api penumpang di stesen di Sant Boi de Llobregat, sekitar 14 km (8.7 batu) dari Barcelona, ​​kira-kira jam 6 petang.

“Pemandu kereta api penumpang maut akibat impak nahas tersebut,” kata kerajaan wilayah dalam satu kenyataan.

Naib presiden wilayah Catalan Jordi Puignero, yang melawat tapak itu pada petang Isnin memberitahu, siasatan untuk mencari punca nahas akan dimulakan serta-merta. – Reuters (https://www.reuters.com/world/europe/train-driver-dies-dozens-injured-crash-near-barcelona-2022-05-16/)