KUANTAN – Seorang pekebun sayur warganegara Myanmar ditemui maut dipercayai lehernya dikelar oleh rakan senegara akibat pertengkaran dalam kejadian semalam di Sungai Palas, Brinchang di Cameron Highlands baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mayat mangsa, Maung Maung ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kebun tempat mangsa bekerja.
Hasil soal siasat awal dijalankan dapati suspek mengaku telah mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang yang diambil dalam rumah kongsi yang diduduki oleh suspek dan si mati, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Punca kejadian berlaku pada malam 15 Mei 2022 kira-kira pukul 9.30 malam di mana suspek telah menegur mangsa yang sedang bertengkar dengan isterinya.
“Ekoran daripada itu berlaku pertengkaran antara mereka dan saspek bertindak mengambil senjata dipercayai sebilah parang kebun terus mengelar leher mangsa.
Kemudian suspek pula bertindak mengejar isteri mangsa apabila setelah nampak dia menyaksikan insiden berkenaan dan kemudian melarikan diri ke rumah kongsi yang diduduki oleh beberapa orang lelaki Bangladesh.
ARTIKEL BERKAITAN
Penoreh getah warga India maut dipanah petir
Buruh Indonesia mati ditetak rakan sendiri
Susulan itu, isteri mangsa terus menyelamatkan diri ke rumah kongsi berkenaan yang berada lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian untuk meminta pertolongan.
Jelas Ramli, polis menerima panggilan berhubung kejadian bunuh berkenaan terus ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.
Mayat mangsa kemudian dibawa Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat dan kes masih dalam disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette