Home Dunia Kemalangan pesawat China Eastern Airlines dilakukan secara sengaja, dakwa media AS

Kemalangan pesawat China Eastern Airlines dilakukan secara sengaja, dakwa media AS

Gambar menunjukkan serpihan pesawat penumpang milik China Eastern Airlines yang ditemui di lokasi nahas di Tengxian, Guangxi Zhuang, selatan China. foto Xinhua

ISTANBUL – Kemalangan pesawat China Eastern Airlines pada Mac lalu adalah ‘disengajakan’, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

“Data penerbangan menunjukkan seseorang berada dalam kokpit dengan sengaja menjatuhkan pesawat China Eastern,” lapor Wall Street Journal (WSJ) yang memetik para pegawai AS.

Sebuah pesawat Boeing, B737-800 milik China Eastern Airlines dengan 123 penumpang dan sembilan anak kapal terhempas di kawasan pergunungan Guangxi pada 21 Mac lalu.

“Setakat ini maklumat yang dikumpul pada siasatan China Eastern yang diketuai para pegawai AS yang terlibat dengan siasatan mengalihkan perhatian kepada tindakan juruterbang, individu yang arif dengan perkara tersebut.

“Terdapat juga kemungkinan seseorang lain dalam pesawat telah memasuki kokpit dan menyebabkan kemalangan, dakwa laporan itu seperti dilaporkan agensi berita, Anadolu.

Beijing masih tidak mengulas mengenai dakwaan itu.

Bagaimanapun, Global Times memetik Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) AS berkata, ia ‘tidak mendedahkan sebarang maklumat siasatan mengenai punca kemalangan penerbangan MU5737 China Eastern’.

NTSB berkata, ia telah membantu Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dengan siasatan kemalangan dan ‘semua maklumat berkaitan akan dilakukan pengawal selia penerbangan China’.

Pesawat tersebut dalam penerbangan dari Kunming di tenggara China ke bandar pelabuhan, Guangzhou yang terletak berhampiran Hong Kong.

Semua penumpang dan anak kapal disahkan terkorban beberapa hari selepas kemalangan menerusi ujian DNA.

“Pesawat tersebut melakukan apa yang diarah oleh seseorang dalam kokpit,” dakwa laporan yang memetik penilaian awal pegawai AS.

Penilaian itu dilakukan selepas ‘analisis maklumat dikumpul daripada perakam data penerbangan pesawat yang rosak’, tambahnya.

Rangkaian ABC News turut mendakwa perkara yang sama dengan memetik para pegawai AS yang enggan dikenali berkata: “Kemalangan pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa dipercayai disebabkan tindakan yang disengajakan,”.

“Pihak berkuasa China yang mengetuai siasatan setakat ini tidak menunding kepada sebarang masalah mekanikal atau kawalan penerbangan pesawat,” kara pegawai AS kepada WSJ.

Selepas misi pencarian dilakukan, pasukan penyelamat menemui dua kotak hitam yang mana salah satunya rosak teruk.

Pasukanmencari juga menemui 36,000 serpihan pesawat di lokasi kemalangan.

Pihak berkuasa China berkata, keadaan cuaca tidak berbahaya ketika insiden berlaku dan komunikasi penerbangan adalah normal dengan pengawal trafik udara sehingga pesawat itu terhempas. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/china-eastern-airlines-plane-downed-intentionally-claims-us-media/2591031)