Home Politik Calon tak tentu, apa salahnya Zafrul turun kawasan – Noh Omar

Calon tak tentu, apa salahnya Zafrul turun kawasan – Noh Omar

The Chairman of Selangor UMNO, Tan Sri Noh Omar Tengku Zafrul candidate Kuala Selangor
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Tiada jaminan mana-mana pimpinan politik mahupun Jemaah Menteri Kabinet layak menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, walaupun terdapat menteri kanan kerap turun ke kawasan tertentu, namun soal calon tidak timbul susulan pembahagian kerusi masih belum muktamad.

“Bab nak bertanding, mana ada tentu lagi. Pembahagian kerusi belum selesai lagi. Sebagai menteri, dia sebagai anak Selangor, apa salahnya dia turun ke kawasan-kawasan.

“Saya perlukan lebih ramai Menteri bantu saya untuk membela nasib orang-orang Selangor. Jadi sekarang ini tak tentu siapa jadi calon.

“Saya pun tak tahu jadi calon ke tak jadi calon. Jadi apa heboh sangat jadi calon. Biar pucuk pimpinan yang menentukan bila tiba masanya. Sekarang waktu bekerja, bukan nak lobi jadi calon dan sebagainya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu UMNO Bahagian Kuala Selangor mengeluarkan arahan kepada pemimpin parti di kawasan tersebut supaya tidak terlibat dengan program Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada kesemua kepimpinan parti empat peringkat berhubung perkara tersebut.

Sebelum itu, tular di aplikasi WhatsApp berhubung surat daripada pihak Jahaya yang memberi arahan kepada kepimpinan bahagian untuk tidak terlibat dengan program melibatkan Zafrul. – MalaysiaGazette