Home Nasional Treler rempuh pembahagi jalan, pemandu maut

Treler rempuh pembahagi jalan, pemandu maut

Gambar menunjukkan pemandu lori treler yang membawa muatan dokumen keselamatan PNMB maut akibat tersepit selepas lori terbalik setelah melanggar tembok pembahagi jalan di selekoh Jalan Duta pagi tadi. Gambar Ihsan JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu treler maut manakala apabila kenderaan yang dipandunya terbabas di Jalan Duta, di sini, hari ini

Dalam kejadian pukul 10.20 pagi itu, seorang anggota polis yang ditugaskan mengiringi treler yang membawa dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, treler yang datang dari arah pusat bandar raya menghala ke Plaza Tol Jalan Duta hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan lalu terbalik.

“Dalam kemalangan tersebut, pemandu lori treler itu yang berumur 47 tahun maut serta-merta di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gambar menunjukkan pemandu lori treler yang membawa muatan dokumen keselamatan PNMB maut akibat tersepit selepas lori terbalik setelah melanggar tembok pembahagi jalan di selekoh Jalan Duta pagi tadi. Gambar Ihsan JSPT KL

Menurut Sarifudin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat manakala anggota polis yang cedera itu dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mengunjungi balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette