KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,124 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi dengan satu kes import.
Jumlah itu bertambah berbanding 2,017 kes yang direkodkan kelmarin.
Selangor negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 892 kes, diikuti Kuala Lumpur (411), Perak (125), Pulau Pinang (114) dan Melaka (111).
Negeri Sembilan pula merekodkan 98 kes, Kedah (70), Johor (62), Sarawak (58), Sabah (56), Putrajaya (46), Pahang (40), Kelantan (17), Terengganu (11), Labuan (tujuh), Perlis (enam).
Pertambahan ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,448,348
Manakala tiga kes kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama.
Sehingga lewat malam tadi, Malaysia kini merekodkan 35,633 kes kematian keseluruhan.
Data COVIDNOW turut menunjukkan pertambahan 182 kes aktif termasuk 1,165 kes dirawat di hospital.
Jumlah itu termasuk 35 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 22 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, 28,569 kes atau 95.9% kes dikuarantin di rumah.
Kes sembuh semalam pula sebanyak 2,303. – MalaysiaGazette