MELAKA – Seramai 310 bakal jemaah haji dari Melaka antara kumpulan pertama yang berangkat ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada 4 Jun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, jumlah tersebut merupakan antara 410 kuota yang diberikan kepada jemaah di negeri ini namun jumlah itu dijangka bertambah sehingga 500 orang.
“Setelah dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, sudah tentu jemaah haji yang terpilih telah bersiap sedia sepenuhnya melakukan persiapan untuk menjadi Dhuyufurrahman.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Perdana Haji Musim Haji 1443 Hijrah di Masjid Cina Krubong yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Dalam pada itu Sulaiman turut menasihatkan semua jemaah untuk terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di tanah suci dan menjaga nama baik Malaysia serta Melaka.