HONG KONG – Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter menggegarkan timur laut Bungahan, Filipina pada malam Sabtu, lapor agensi berita Xinhua memetik Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa, dengan kedalaman 129.0 kilometer ditentukan pada 13.9517 darjah utara dan 120.6771 darjah timur. – Bernama