Home Seni Hidup Bekas menantu mahu tarik balik saman RM1 juta – Chef Wan

Bekas menantu mahu tarik balik saman RM1 juta – Chef Wan

Chef Wan dan Shikin Maembong (kanan).

KUALA LUMPUR – Selebriti masakan terkenal, Chef Wan memberitahu bekas menantunya, Shikin Maembong mahu menarik semula saman malu yang dikenakan ke atas beliau.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan berkata, perkara itu diberitahu sendiri oleh anaknya, Serina sambil memaklumkan Shikin ingin bertemu dengannya.

“Serina text this morning to say that Shikin my x menantu nak jumpa Papa to explain dan tarik saman dia balik. Can we meet later this afternoon with the kids Pa? I said ‘Its ok i have forgiven her and i hope she feel the same too.

I dont want to see her or to listened to all this drama anak2 dan x menantu Rina. I am sorry i have to declined. Can we just moved on with my life. I cannot handle anymore issues anak2 mau pun x menantu dan menantu,” tulisnya.

Sebelum ini, Shikin telah mengambil tindakan untuk mengemukakan saman malu terhadap Chef Wan dengan tuntutan sebanyak RM1 juta.

Sementara itu, Chef Wan menyatakan selama ini dia sudah banyak melakukan pengorbanan terhadap insan di sekelilingnya dan mohon diberi ruang kepada dirinya.

What do i get back is oftened a huge embarrasement memikul perbuatan2 mereka masing2 yg tidak bertanggung jawab. Bila nasihat mcm curah air diatas daun keladi! Kita pula jadi mangsa kutukan orang yg jenis2 mcm mereka2 ini jugak. I am so sick of it!

Have abit of sympathy that i too have a life to deal with. There so much on my plate right now and i dont deserved to have all their stressful and bullshit! Alot of people also have used and abused my trust. Ungrateful, mcm melepas kan anjing yg tersepit!,” luahnya. – MalaysiaGazette