KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Selangor.
Menerusi Twitter agensi itu memaklumkan, keadaan tersebut dijangka berlaku di daerah Gombak, Petaling serta seluruh Kuala Lumpur dan Labuan sehingga pukul sehingga pukul 5 petang ini.
Manakala Terengganu di Kemaman, Pahang (Jerantut), Sarawak (Samarahan (Simunjan) dan Betong) serta Sabah (Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort)).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini yang sahih. – MalaysiaGazette