Home Ekonomi SME Bank semak BFR berkuat kuasa 1 Jun

SME Bank semak BFR berkuat kuasa 1 Jun

KUALA LUMPUR – SME Bank menyemak semula Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas menjadi 6.45% berkuat kuasa 1 Jun 2022.

Langkah itu seiring semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini,

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank (Dr.) Aria Putera Ismail
berkata, meskipun semakan dilakukan namun tempoh pembiayaan pelanggan kekal tidak berubah

Namun, jumlah ansuran akan disemak sewajarnya. – MalaysiaGazette