Home Ekonomi Dolar Singapura cecah paras tertinggi berbanding ringgit semalam

Dolar Singapura cecah paras tertinggi berbanding ringgit semalam

Mata wang dolar Singapura. Foto Straits Times

SINGAPURA – Dolar Singapura terus meningkat berbanding ringgit Malaysia semalam – kenaikan tertinggi sepanjang masa.

Mata wang Singapura mencecah rekod tinggi berbanding ringgit kepada RM3.1964, dipacu pengukuhan dolar Singapura sebelum susut kepada RM3.1950.

“SGDMYR mencecah rekod tertinggi 3.1964 pagi ini (6.48 pagi BST, 1.48 tengah hari waktu Singapura), sebahagian besarnya disebabkan oleh pengukuhan dalam dolar Singapura,” kata Simon Harvey, Ketua Analisis FX di MonFX kepada CNA.

Sentimen di sekitar China juga membantu pengukuhan itu.

Berita Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sedang menimbang pemotongan tarif ke atas barangan China turut membantu menaikkan yuan ke paras tertinggi sejak 5 Mei.

“Dengan yuan memegang bahagian terbesar dalam bakul S$NEER Singapura, kenaikan dalam CNY turut mengheret SGD lebih tinggi apabila peniaga mata wang melihat mengimbangi susut nilai dalam dolar Sing berbanding CNY dengan mata wang lain.

“Ini menyaksikan SGD mengukuh berbanding rakan perdagangan utama lain, termasuk USD (+0.49 peratus), MYR ( +0.13 peratus), HKD (+0.47 peratus) dan JPY (+0.05 peratus), sehingga kadar pertukaran S$NEER terus memacu lebih tinggi sejajar dengan keutamaan (MAS),” kata Harvey. – CNA