Home Ekonomi Larangan eksport ayam Malaysia, jejaskan bekalan Singapura

Larangan eksport ayam Malaysia, jejaskan bekalan Singapura

Gambar hiasan

SINGAPURA – Tindakan Malaysia menyekat eksport ayam mungkin mengakibatkan gangguan sementara kepada bekalan ayam sejuk di Singapura, kata Agensi Makanan Singapura (SFA).

Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan ayam beku yang kekal tersedia untuk menampung kekurangan itu.

Kira-kira 34% daripada import ayam Singapura adalah dari Malaysia tahun lepas, dengan hampir semua diimport sebagai ayam hidup dan disembelih dan disejukkan di Singapura, kata agensi itu.

SFA berkata, ia sedang bekerjasama dengan pengimport untuk meminimumkan kesan ke atas bekalan ayam.

Syarikat-syarikat pembekal mungkin meningkatkan import ayam sejuk daripada sumber alternatif, meningkatkan import ayam sejuk beku daripada pembekal sedia ada bukan Malaysia.

Dalam pada itu, SFAmenggalakkan pengguna untuk bersikap terbuka dengan menukar pilihan dan membeli hanya apa yang mereka perlukan. – Bloomberg

Kecewa dengan mogok pembekal ayam, kerajaan henti eksport 3.6 juta ayam sebulan