LONDON – Jose Mourinho mencipta sejarah dengan piala kontinental kelimanya sebagai jurulatih yang pertama untuk pasukan Itali sejak dia membawa Inter Milan ke Liga Juara-Juara Eropah 12 tahun lalu.
Pagi tadi, pengendali kelahiran Portugal itu menjulang kejuaraan trofi Eropah pertama buat AS Roma pada final Liga Persidangan Eropah (UECL) selepas menewaskan Feyenoord 1-0.
Mourinho kini menjadi pengurus pertama memenangi UCL, UEL dan UECL di dalam sejarah pertandingan.
Pada aksi final, Nicolo Zaniolo muncul wira dengan gol tunggal sekaligus menjadikan AS Roma sebagai juara edisi sulung pertandingan kelas ketiga Eropah.
Pemain antarabangsa Itali, Zaniolo menjaringkan gol dengan penyudah pada minit ke-32 selepas pertahanan Feyenoord tersilap agak bola.
Ini juga merupakan piala pertama dimenangi AS Roma sejak 2008. – MalaysiaGazette
(https://metro.co.uk/2022/05/25/europa-conference-league-jose-mourinho-in-tears-after-making-history-with-roma-16712296/)