Home Nasional Covid-19: 1,836 kes baharu, 3 kematian semalam

Covid-19: 1,836 kes baharu, 3 kematian semalam

Pesakit Covid-19 dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalankan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,836 lagi kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan kes terkumpul menjadi 4,461,933.

Daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import, menurut data COVIDNOW.

Manakala, sebanyak tiga kes kematian semalam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 dalam negara kepada 35,656.

Kes aktif pula sebanyak 25,189.

Menurut laman sesawang itu, kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,056 dengan 27 di unit rawatan rapi termasuk 18 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette