KOTA KINBALU – Acara tahunan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Karnival ‘Jom
Masuk IPT’ Zon Sabah akan diadakan pada 4 dan 5 Jun, khusus bagi para pelajar
lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf di negeri ini.
Karnival yang bertempat di Sabah Sabah International Convention Center (SICC),
Kota Kinabalu itu akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Antara objektif utama program ini ialah sebagai Pusat Sehenti kepada orang ramai khususnya para pelajar untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Karnival itu juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi, tajaan serta pembiayaan
pengajian.
Selain itu, ia juga memberi khidmat nasihat berkenaan pemilihan program pengajian
yang bersesuaian kepada para pelajar oleh wakil IPT yang turut serta dalam karnival
ini.
Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini
semasa hadir ke karnival ini.
Permohonan kemasukan ke IPT bagi sesi 2022/2023 melalui UPUOnline akan
dibuka semula mulai 1 sehingga 28 Jun 2022 untuk lepasan STPM/setaraf.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya para pelajar lepasan SPM, STPM, STAM,
Matrikulasi, Diploma dan setaraf serta ibu bapa dijemput hadir bagi menjayakan lagi
program dua hari ini. – MalaysiaGazette