KUALA LUMPUR – Golongan asnaf di Selangor berpeluang untuk menghadiri sesi temuduga kerja dengan beberapa syarikat esok.
Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan, sesi temuduga itu akan diadakan di pekarangan Masjid Nurul Ehsan, Kampung Medan pukul 9 pagi.
Katanya, terdapat pelbagai jawatan kosong dengan faedah menarik ditawarkan oleh tiga syarikat terbesar yang mengambil bahagian pada sesi temuduga itu.
Ketiga-tiga syarikat berkenaan adalah Mydin, Mcdonald’s Malaysia dan Sime Darby Plantation Berhad.
Justeru, LZS mengalu-alukan kehadiran golongan asnaf berkenaan dan mereka perlu mendaftarkan diri masing-masing di pautan https://osini.co/Temuduga@KerjayaLZS. – MalaysiaGazette