Home Seni Hidup Gaya tudung undang salah faham, Aina Abdul mohon maaf

Gaya tudung undang salah faham, Aina Abdul mohon maaf

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aina Abdul memohon maaf kepada semua pihak termasuk para peminatnya yang terkesan dengan penampilannya baru-baru ini.

Menerusi Instagram Story, pelantun lagu Semalam itu berkata pemakaian hijab yang didakwa seperti rahib itu hasil idea daripada Aina sendiri dan kumpulannya yang berinspirasikan collection Mason Margiela 2022/spring summer.

Walaubagaimanapun beliau mengaku pemakaian tudung pada hari itu mendatangkan salah faham pelbagai pihak.

“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 baru-baru ini.

“Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata akan lebih berhati-hati dalam berfesyen pada masa akan datang.

“Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada
dalam rahmat Allah Swt.. Lots of love, Aina,” tambahnya.

Sebagai rekod, baru-baru ini gaya tudung penyanyi Aina Abdul dipertikaikan netizen dan dianggap seperti rahib.-MalaysiaGazette