Home Nasional Pemandu Gen2 tersepit selepas langgar penghadang jalan

Pemandu Gen2 tersepit selepas langgar penghadang jalan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerusi kenyataan berkata, kemalangan berkenaan berlaku di susur keluar Presint 11, Putrajaya pada jam 07.01 pagi.

Jelas kenyataan berkenaan, ketika kejadian kereta Proton Gen2 yang dipandu mangsa berusia 29 tahun itu melanggar penghadang jalan.

Akibat kejadian, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.

Namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. – MalaysiaGazette