MGNews: Suruhanjaya Patuh Syariah Jadikan Malaysia Model Ekonomi Halal – DS Ismail Sabri

Disebabkan kekangan kawal selia dalam sektor kewangan Islam, Perdana Menteri mencadangkan agar satu Suruhanjaya Patuh Syariah patut ditubuhkan.

Cadangan itu kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membolehkan sektor ekonomi halal negara yang lebih komprehensif boleh disatukan melalui penubuhan suruhanjaya berkenaan.