LONDON – Kelab bola sepak Nottingham Forest mengakhiri penantian selama 23 tahun untuk kembali beraksi pada Liga Perdana Inggeris musim depan.
Kelab tersebut menundukkan Huddersfield 1-0 dalam perlawanan kelayakan Liga Kejuaraan di Stadium Wembley.
Kesilapan pemain Huddersfield, Levi Volwill menjaringkan gol sendiri sudah cukup untuk membolehkan Forest memenangi pelawanan tersebut.
Forest memulakan Liga Kejuaraan dengan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan pertama pada awal musim ini. – Agensi
https://www.bbc.com/sport/football/61539298