Home Utama PM cadang tubuh Suruhanjaya Patuh Syariah

PM cadang tubuh Suruhanjaya Patuh Syariah

Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mencadangkan agar satu Suruhanjaya Patuh Syariah ditubuhkan berikutan kekangan kala selia dalam sektor kewangan islam

Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan membolehkan sektor ekonomi halal negara yang lebih komprehensif boleh disatukan melalui penubuhan suruhanjaya berkenaan.

“Oleh itu, kawal selia lebih komprehensif boleh disatukan misalnya melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.

“Saya menyeru saranan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Model Rujukan Utama dalam bidang Ekonomi Halal dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata ketika  berucap pada program Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dap pelancaran Dana Endowmen Ekonomi Halal UKM, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh berperanan sebagai pengawal selia industri halal.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, kepesatan kewangan Islam antaranya dipacu oleh permintaan masyarakat terhadap sistem bebas riba, mempunyai unsur gharar dan masyir (spekulasi atau perjudian) selain adanya kawal selia dan model pengembangan sistem kewangan Islam yang tersedia di peringkat global.

Oleh yang demikian, beliau menggesa Pelan Induk Ekonomi Halal diupayakan dan diusahakan oleh pemegang taruh untuk memperkasakan ekonomi halal.

Katanya, ia boleh dilakukan dengan meningkatkan peranannya dalam pelbagai sektor ekonomi halal dalam pembangunan negara.

“Ini dilakukan dengan meningkatkan peranannya dalam pelbagai sektor ekonomi halal dalam pembangunan negara,” katanya. – MalaysiaGazette