Home Politik Jika ada sokongan 119 MP, tekanlah butang sekarang – Najib

Jika ada sokongan 119 MP, tekanlah butang sekarang – Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mencabar Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) supaya ‘tekan butang’ selepas mendakwa mempunyai 119 sokongan ahli Parlimen.

Cabaran dibuat oleh bekas perdana menteri itu selepas Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendedahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mempunyai sokongan tersebut supaya dapat menjadi perdana menteri semula.

“Muhyiddin menghubungi saya dua bulan lalu berkata “Brother saya sudah ada 119. Saya sudah berunding dengan brother Anwar, saya sudah berunding dengan Anthony Loke.

“Ini dia cakap dengan saya. Tiada ada Warisan pun saya ada 119.

“Saya cakap dengan dia, “Tan Sri, kalau ada 119 teruskan, saya tidak mahu ikut,” kata Mohd Shafie dalam satu majlis di Sandakan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, setakat ini, belum ada sebarang penafian dari PN atau PH sejak setelah berita ini dibongkar oleh Presiden Parti Warisan semalam.

”Jika sudah ada sokongan 119 maka tekanlah butang sekarang. Welcome PH 2.0!,” kata Najib. – MalaysiaGazette