Home Nasional Kes demam, kematian denggi terus meningkat

Kes demam, kematian denggi terus meningkat

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi ke-20
sebanyak 1,420 berbanding 1,074 pada minggu sebelumnya.

Angka itu menyaksikan kenaikan 346 kes, sekali gus tertinggi pernah dilaporkan sejak tahun 2021.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 16,145 berbanding 10,597 bagi tempoh sama tahun lalu.

Sebanyak sembilan kes kematian akibat denggi dilaporkan berbanding lima kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, sebanyak 41 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 36 minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 36 kawasan hotspot terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (3) dan masing-masing satu di Melaka dan Sabah. – MalaysiaGazette