Home Politik Konvensyen BN bakal saksikan kesepakatan, solidariti parti – Ismail Sabri

Konvensyen BN bakal saksikan kesepakatan, solidariti parti – Ismail Sabri

dcc3713787455c61f80b8e81c2a6639c62962a1cec01c-640x400

KUALA LUMPUR – Konvensyen Barisan Nasional (BN) bakal menjadi saksi solidariti dan kesepakatan sebuah gabungan parti yang terbukti memperjuang kesejahteraan Keluarga Malaysia serta iltizamnya membangunkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Konvensyen sehari bersempena ulang tahun ke-48 BN akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini esok.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada BN dan merakamkan penghargaan terhadap sokongan akar umbi serta pucuk pimpinan gabungan parti itu.

“Semoga BN terus kukuh dan menjadi wadah perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya melalui poster yang dikongsikan pada hantaran itu. – BERNAMA

 

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts