MOSCOW – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menafikan spekulasi kononnya Presiden Vladimir Putin sedang sakit.
Dalam temu bual dengan TV Perancis, Lavrov berkata, pemimpin Rusia itu muncul di khalayak ramai setiap hari dan tiada orang yang waras akan melihat sebarang tanda-tanda Putin berpenyakit.
”Anda boleh menontonnya di skrin, membaca dan mendengar ucapannya.
“Saya menyerahkan kepada mereka yang menyebarkan khabar angin sebegitu,” katanya.
Terdapat spekulasi media yang tidak dapat disahkan bahawa Putin, yang berusia 70 tahun pada tahun ini, mungkin mengalami masalah kesihatan, kemungkinan kanser.
Temu bual itu dibuat ketika tentera Rusia terus mara di wilayah Donbas, Ukraine.
Lavrov berkata “pembebasan” wilayah timur adalah “keutamaan tanpa syarat” bagi Rusia.
Tambah Lavrov, Rusia kini sedang memerangi ‘rejim neo-Nazi’.
Sumber perisikan British yang dipetik memberitahu media bahawa Putin sakit tenat pada minggu lalu.
Bagaimanapun, khabar angin mengenai keadaan pemimpin Rusia itu, yang terkenal dengan gaya hidup sihat dan suka bersukan, muncul secara berkala selama bertahun-tahun.
Agensi perisikan Barat mengambil perhatian terhadap tahap kesihatan Presiden Putin, baik mental dan fizikal.
Ini bukan hanya kerana beliau yang memberi arahan untuk melancarkan pencerobohan tidak dirancang ke atas Ukraine, tetapi Putin juga satu-satunya kuasa bagi penggunaan senjata nuklear Rusia.
Mereka perlu tahu jika Putin berhasrat untuk melancarkan serangan nuklear taktikal ke atas Ukraine yang akan menghancurkan ketiadaan senjata ini selama 77 tahun dalam peperangan. – BBC