Home Seni Hidup Pelakon Aripah Damanhuri meninggal dunia

Pelakon Aripah Damanhuri meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Aripah Damanhuri disahkan meninggal dunia di Wad 23, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.15 pagi tadi.

Allahyarham berusia 73.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anaknya, Fais al-Hajari melalui Facebook.

”Mak akhirnya pergi juga…Pohon sedekahkan doa kepada mak ye…

”Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya insya Allah,” katanya.

Difahamkan Allahyarham menerima rawatan di HKL kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Aripah pernah membintangi filem Senario XX dan berlakon dalam drama Gerak Khas. – MalaysiaGazette