Teaser : Kerana ‘Dia’ Aku Bahagia

Kekangan kewangan sering menjadi penghalang kepada para pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Keadaan itu membawa kepada penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 1 Julai 1997.

Ternyata PTPTN kini menjadi ‘tabung hayat’ dalam merealisasikan hasrat untuk melahirkan lebih ramai graduan di negara ini sekali gus menyaksikan perubahan taraf hidup rakyat Malaysia.