Home Nasional Covid-19: Sebanyak 1,451 kes baharu, 10 kematian semalam

Covid-19: Sebanyak 1,451 kes baharu, 10 kematian semalam

Petugas kesihatan yang berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) membawa pesakit Covid-19 bagi menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 naik 126 kes berbanding kelmarin kepada 1,451 setakat tengah malam tadi.

Jumlah itu termasuk enam kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 di negara ini kepada 1,469,370.

Jumlah kes kematian turut bertambah kepada 10 berbanding lima kelmarin termasuk tiga kes berlaku di luar hospital.

Dengan ini jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 meningkat kepada 35,676.

Kes aktif yang direkodkan dalam tempoh sama sebanyak 627.

Kes jangkitan yang dikurantin di rumah masih tertinggi iaitu 22,160, manakala di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 sebanyak 19.

Sebanyak 945 kes menerima rawatan di hospital termasuk 28 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 15 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette