GEORGE TOWN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.2 arah Perai menghala bahagian Pulau di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.39 pagi tadi sebelum anggota dari Balai Perai dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba kita dapati mangsa meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot bersama barang peribadinya di atas jambatan tersebut.
“Berdasarkan barangan tersebut identiti mangsa berusia 22 tahun dapat dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, pihak bomba membuat pemantauan dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dia dikhuatiri hanyut dibawa arus.
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterworth,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN
Untuk rekod, sebanyak 15 kes terjun Jambatan Pulau Pinang dilaporkan berlaku sejak Januari hingga Mei lalu. – MalaysiaGazette
Untung lah ada jambatan p pinang boleh jadi jambatan yang menghubungkan dunia nyata ke alam Barzah . Nanti akan ada satu pintu khusus dengan lambang selamat tinggal akan disediakan . Sesiapa yang rasa nak kembali boleh datang