Home Ekonomi Sekatan minyak Rusia pacu kenaikan harga minyak global

Sekatan minyak Rusia pacu kenaikan harga minyak global

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia pada hari Rabu selepas pemimpin Kesatuan Eropah bersetuju dengan larangan separuh dan berperingkat-peringkat ke atas minyak Rusia.

Kelonggaran sekatan pergerakan di Shanghai, China turut memacu harga minyak.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos naik AS$0.78 atau 0.7 peratus kepada AS116.38 setong pada 0037 GMT.

Kontrak bulan hadapan untuk penghantaran Julai tamat pada hari Selasa kepada AS$122.84 setong, naik 1.0 peratus.

Minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.63 atau 0.6 peratus kepada AS$115.30 setong.

Kedua-dua penanda aras mengakhiri bulan Mei lebih tinggi, menandakan bulan keenam berturut-turut kenaikan harga.

Pemimpin EU pada dasarnya bersetuju pada Isnin untuk mengurangkan 90 peratus import minyak dari Rusia menjelang akhir tahun ini.

Ia merupakan sekatan paling keras blok itu terhadap Moscow sejak pencerobohan Ukraine tiga bulan lalu. – Reuters