WASHINGTON – Selepas enam minggu prosiding, pelakon terkenal, Johnny Depp memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard hari ini.
Mahkamah mengarahkan Heard membayar ganti rugi AS$15 juta (RM65 juta) selepas juri mendapati artikel yang ditulis pelakon Aquaman itu pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah kepada Depp.
Sebelum itu, pelakon Pirates of Carribean berusia 58 tahun itu itu memfailkan saman fitnah terhadap Heard, 36, atas penulisannya untuk kolum Washington Post dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).
Kemudiannya isterinya pula membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.
Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard tetapi mendakwa perkara sebaliknya berlaku.
Depp yang sebelum ini kehilangan peluang lakonan dan kontrak beberapa penajaan produk menyifatkan keputusan yang diterima telah mengembalikan semula kehidupannya. – Agensi