Home Nasional Kabinet sudah dimaklum cadangan pindaan RUU Anti Lompat Parti

Kabinet sudah dimaklum cadangan pindaan RUU Anti Lompat Parti

Undi18 Sarawak state election polls Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Undi18 voters Election Commission anti-party hopping
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan Perlembagaan berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku.

Beliau berkata, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan itu berkaitan pindaaan perlembagaan dan Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Saya menekankan, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum kerana masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini untuk diteliti seterusnya memuktamadkan RUU tersebut. – MalaysiaGazette